"Jika kamu tidak malu maka buatlah apa
yang kamu mahu." (Ibn Jauzi, Kasyf al-Musykil min Hadith al-Sahihain
1/437. Riyadh: Dar al-Watan).
Saidina Umar Al- Khattab R.A. merupakan Khalifah Ar-Rasyidin yg
kedua selepas Saidina Abu Bakar As- Siddiq R.A. Beliau merupakan seorang yg
tegas dan berani serta lantang dlm berbicara dan menyatakan pendapat. Pada
awalnya, beliau sangat kuat menentang Rasulullah S.A.W. dan merupakan seorang
musuh Islam yg sangat berani menyeksa orang-orang Islam sehinggalah beliau
sendiri memeluk agama Islam.
Dikisahkan bahawa Umar telah ditegur oleh lelaki dari Bani Zuhrah
atau Makhzum, bernama Nu'aym bin Abdullah yang memecahkan rahsia mengenai
adiknya yang telah memeluk Islam itu.
“Terlebih dahulu kamu perbetulkan urusan keluargamu. Adik
perempuanmu dan iparmu telak memeluk Islam”
Dalam sesetengah riwayat yang lain, dikatakan Nu'aym sebenarnya
terdiri dari kalangan kafir Quraisy, bukan yang telah memeluk Islam seperti
yang disebutkan sebelum ini. Maka Nu'aym bertujuan menyindir Umar mengenai
Fatimah yg memeluk Islam ketika Umar tergesa-gesa dan beria-ia hendak membunuh
Nabi Muhammad S.A.W. Apapun niat sebenar Nu'aym itu, menyebabkan Umar mengamuk
setiba di rumah adiknya itu.
Ketika Umar sampai ke rumah adiknya itu, beliau terdengar suara yang
sedang membaca al-Quran. Iaitu Fatimah dan suaminya sedang belajar membaca
al-Quran dengan dibantu oleh seorang sahabat mereka, Khabbab bin Arat.
Apabila terdengar mereka membaca al-Quran, kemarahan Umar tidak
boleh ditahan-tahan lagi lalu dia mengamuk di hadapan pintu rumah Fatimah,
malah mereka turut dipukul oleh beliau kerana memeluk agama Islam.
Namun, hati beliau akhirnya tunduk kepada keindahan Islam apabila
mendengar bacaan ayat al-Quran daripada surah Thaha yang akhirnya membuatkan
hati beliau kagum dengan keindahan Islam dan meminta dibawa berjumpa Rasulullah
S.A.W dan telah mengisytiharkan pengislaman beliau di hadapan Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku kerana itu, sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku."
(Surah Thaha: ayat 14)
Berubah
"Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku kerana itu, sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku."
(Surah Thaha: ayat 14)
Berubah
Dengan kisah pengislaman dan penghijrahan Saidina Umar al-Khattab, ia menggambarkan bahawa setiap orang ada keinginan untuk menjadi baik dan setiap orang layak utk berubah. Apabila Allah berkata “KUN FAYAKUN”!, tiada yg dapat menghalang seseorang utk berubah watak yg baru sehingga 360 darjah, berbeza drpd zaman kegelapannya. Benar, bagi kita insan yg selalu alpa dan melalukan khilaf, sukar utk melakukan perubahan itu. Namun, YAKINLAH, keikhlasan akan hadir, dan pertolongan Allah akan hadir utk seseorang yg benar-benar ingin berubah. KUATKAN DIRI! LAWANLAH KETAKUTANMU! ISTIQAMAH! Allah sentiasa ada bersama-MU.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Zumar: 53)
Rahmat Allah itu sangat luas, Dia tidak pernah mensia- siakan sesiapa yg benar-benar ingin dan ikhlas kembali kepadaNya. Allah bukan sahaja menerima taubat bahkan memberikan pelbagai anugerah kepada orang-orang yg kembali kepadaNya dengan pelbagai nikmat yg istimewa serta membuka pelbagai pintu yg tidak disangka-sangka. Ujian yg mendatang, tandanya Dia kasih kepadamu, Dia ingin menguji keikhlasan dan kesungguhan hamba-hambaNya yg kembali kepadaNya.
KAU PASTI BOLEH! KAU PASTI KUAT!
KAU PASTI BOLEH! KAU PASTI KUAT!
