Thursday, June 02, 2016


Salam alaik!!
Hi!
For this upcoming Ramadan,
we would like to offer you a FREE SHAWL (with your own PREFERRABLE SIZE!!)
How to join? Follow the steps below:
1.FOLLOW our Instagram @ismul_fajr
2.LIKE this picture
3.REPOST this picture with beautiful CAPTION regarding FORGIVENESS (Malay or English are acceptable)
4.TAG us & at least 3 of your FRIENDS (do not tag IG shop)
Terms & condition:
1.Use your PERSONAL account & make sure it is UNPRIVATE (IG shop or non-personal account is automatically will be disqualified)
2.We'll end the contest ANY TIME in Ramadan
3.Two winners will be choosen based on CAPTION (must follow all the STEPS too!!)
Lets the contest begin!!
Goodluck & all the best!! ðŸ˜Š

Wednesday, May 11, 2016

FAILED

13 December 2013:

The biggest decision that I ever made - to start.

13 September 2015:

The biggest decision that I ever made - to stop.

Regret? - Sometimes.

Just stop overthinking.

Tell the mind that it wasn't a waste of time and your effort if you learned something.

Thankful for every experience in life as either good or bad.

Trust the Almighty fully cause He knows better. 





Monday, May 12, 2014

Status Kesucian Ikan Yang DiBeri Makanan Tidak Halal




Al-kisah, masa presentation public health haritu pasal waste management khinzir, my classmate, brtnya,, and yes she is chinese ok. aku yg islam ni pun tak trtanya k.. huhu

pendek kata, soalannya boleh dikatakan sebegini:


emm ape hukum makan haiwan yg makan makanan haram?

cth, bahan buangan dr daging ayam yg tak disembelih secara halal/ bahan buangan dari ladang khinzir diberi makan pd ikan keli. ape hukum kalo makan ikan keli tu?

sblm prsoalan tu, penah aku trbaca statement :
boleh (halal) dimakan sbb haiwan tidak wajib makan makanan halal, dan keli tu tak haram

aku ni kureng ilmunya ttg agama, so, aku masa tu mmg yakin pd jawapan tu jela.. tp aku ckp kat classmates2 yg chinese ni (kebtulan dduk dkt dgn dyorg), based on my reading,  boleh dimakan keli tu, tp kalo kita taw keli tu makan sisa dr khinzir, errkk paham2 la.. selerakah korg nak makan?

tetiba few days later, ade trip ke tempat pemprosesan ayam,
persoalan ni ditimbulkan semula kpd org kt tmpat tu (aku tak pasti pangkat dia ape sbb aku masuk lambat sbb g toilet..hee)
ok,
menurut beliau tak boleh, sbb ikan keli tu jd jalalah.. 
emm aku tak taw maksud jalalah ni tp org tu ckp haram..
kena kuarantin.. 
emm sudah.. pening da gua.. mana 1 ni????

so... 
sbb tak puas hati.. eh nape tak puas hati? ok sbb aku suka makan ikan keli sejak duduk kelantan ni!! hahaha.. kat kelantan je la kot.. kalo balik johor trchenta gua makan ikan lain la.. mak aku dengar makan ikan keli pun kembang je tekak dengar. geli.. haha

ok2 straight to the point..

so, sbb tak puas hati, aku carila org yg belaja bab syariah, pasal hukum hakam ni.. kena cari org yg arif.. mula2 aku cari kawan yg masih study ni.. pastu ttiba tringkat lg, sape yg boleh aku tnya lg ni.. nk tnya pakngah pun, pakngah mana main fb..heh.. nk sedap cerita, kebetulan selalu jgk brhubung dgn sepupu aku akhir2 ni (tak la selalu tp kira brhubung la sbb kalo dlu brhubung bila balik kg je..hehe).. tadaa,, seterusnya tnya la suami beliau melalui beliau..hihi..
Alhamdulillah.. Allah mudahkan utk menyelesaikan kecelaruan diriku ini.. hee

ehhh sorryyyy banyak plak bebelnya.. 

haaa jawapannya di bawah ye...

---------------------------------------------------------------------------
Ikan keli tu haram dimakan sekiranya diberi makan makanan haram seperti perut ayam yg tidak disembelih/khinzir.

Sekiranya ikan2 itu telah diberi makan makanan haram ni, cara itu bersihkan dia, ikan2 tu hendaklah dikuarantin utk beberapa tempoh dan sepanjang tempoh itu hendaklah diberi makan makanan halal sehingga badan atau isi dagingnya berkembang besar dgn makanan halal.

Ikan mmg halal. Tp sumber yg dimakan menjadi daging dia.

Sekiranya kita tau ikan keli tu mmg diberi makan makan2 haram tersebut, haram utk kita makan.

*Jalalah tu maksudnya haiwan yg makan najis.

sume ikan keli di beri mkn mcm tu ke??..takkan nak soal siasat mak cik kedai plak..

Kalau gitu, yakin saja halal.
Baca kan بسم الله الرحمن الرحيم masa mula2 makan, halal lah makanan tu.
Jgn ragu2.
Bila ragu2 dah jd syubhah
Syubhah wajib tinggalkan
Mcm ayam yg kita makan kat kedai pun, yakin halal.
Mulakan dgn nama Allah.

Sekian.. wallahualam..

Saturday, April 19, 2014


"Jika kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu mahu." (Ibn Jauzi, Kasyf al-Musykil min Hadith al-Sahihain 1/437. Riyadh: Dar al-Watan).


Saidina Umar Al- Khattab R.A. merupakan Khalifah Ar-Rasyidin yg kedua selepas Saidina Abu Bakar As- Siddiq R.A. Beliau merupakan seorang yg tegas dan berani serta lantang dlm berbicara dan menyatakan pendapat. Pada awalnya, beliau sangat kuat menentang Rasulullah S.A.W. dan merupakan seorang musuh Islam yg sangat berani menyeksa orang-orang Islam sehinggalah beliau sendiri memeluk agama Islam.
Dikisahkan bahawa Umar telah ditegur oleh lelaki dari Bani Zuhrah atau Makhzum, bernama Nu'aym bin Abdullah yang memecahkan rahsia mengenai adiknya yang telah memeluk Islam itu.
“Terlebih dahulu kamu perbetulkan urusan keluargamu. Adik perempuanmu dan iparmu telak memeluk Islam”
Dalam sesetengah riwayat yang lain, dikatakan Nu'aym sebenarnya terdiri dari kalangan kafir Quraisy, bukan yang telah memeluk Islam seperti yang disebutkan sebelum ini. Maka Nu'aym bertujuan menyindir Umar mengenai Fatimah yg memeluk Islam ketika Umar tergesa-gesa dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad S.A.W. Apapun niat sebenar Nu'aym itu, menyebabkan Umar mengamuk setiba di rumah adiknya itu.
Ketika Umar sampai ke rumah adiknya itu, beliau terdengar suara yang sedang membaca al-Quran. Iaitu Fatimah dan suaminya sedang belajar membaca al-Quran dengan dibantu oleh seorang sahabat mereka, Khabbab bin Arat.
Apabila terdengar mereka membaca al-Quran, kemarahan Umar tidak boleh ditahan-tahan lagi lalu dia mengamuk di hadapan pintu rumah Fatimah, malah mereka turut dipukul oleh beliau kerana memeluk agama Islam.

Namun, hati beliau akhirnya tunduk kepada keindahan Islam apabila mendengar bacaan ayat al-Quran daripada surah Thaha yang akhirnya membuatkan hati beliau kagum dengan keindahan Islam dan meminta dibawa berjumpa Rasulullah S.A.W dan telah mengisytiharkan pengislaman beliau di hadapan Rasulullah S.A.W.

"Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku kerana itu, sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku."
(Surah Thaha: ayat 14)

Berubah
Dengan kisah pengislaman dan penghijrahan Saidina Umar al-Khattab, ia menggambarkan bahawa setiap orang ada keinginan untuk menjadi baik dan setiap orang layak utk berubah. Apabila Allah berkata “KUN FAYAKUN”!, tiada yg dapat menghalang seseorang utk berubah watak yg baru sehingga 360 darjah, berbeza drpd zaman kegelapannya. Benar, bagi kita insan yg selalu alpa dan melalukan khilaf, sukar utk melakukan perubahan itu. Namun, YAKINLAH, keikhlasan akan hadir, dan pertolongan Allah akan hadir utk seseorang yg benar-benar ingin berubah. KUATKAN DIRI! LAWANLAH KETAKUTANMU! ISTIQAMAH! Allah sentiasa ada bersama-MU.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Zumar: 53)



Rahmat Allah itu sangat luas, Dia tidak pernah mensia- siakan sesiapa yg benar-benar ingin dan ikhlas kembali kepadaNya. Allah bukan sahaja menerima taubat bahkan memberikan pelbagai anugerah kepada orang-orang yg kembali kepadaNya dengan pelbagai nikmat yg istimewa serta membuka pelbagai pintu yg tidak disangka-sangka. Ujian yg mendatang, tandanya Dia kasih kepadamu, Dia ingin menguji keikhlasan dan kesungguhan hamba-hambaNya yg kembali kepadaNya.

KAU PASTI BOLEH! KAU PASTI KUAT!




Sunday, March 02, 2014

Hamdan lillah
Hamdan lillah wa syukurillah
Because I’m so happy
So I’m feeling like writing a bit J
Just went back from Malam Mahasiswa Cinta Rasul
at UMK Kampus Kota
Alhamdulillah was being able to join that event
Although was almost not going due to some circumstances which the biggest problem was at my fault
But by His will, I made it
My desire seems to come true
One by one
Without real plan
With a small way of started
Bi izdnillah
Nothing could stop whenever Allah allow and want something to happen

Allah
Allah 
Allah
Ya Rasulullah

The real love is come from Allah Azza wa Jalla
The true human love is from Nabi Muhammad s.a.w.
The love that never ends

Subhanaallah
Lailaha illallah
Muhammadur Rasulullah





..YA RASULULLAH.. WE MISS YOU..
~Allahumma solli a'ala Muhammad~


Friday, February 21, 2014

Tarbiyah

Tarbiyah bermaksud pendidikan.
Dalam erti kata lain, tarbiyah itu adalah apa-apa ilmu, ibadah, usaha dan proses perubahan yg berterusan,  yg berpaksikan ketuhanan kpd Allah, manakala matlamat tarbiyah itu adalah untuk mencapai keredhaan Allah di dunia serta kejayaan di akhirat kelak.

Matlamat tarbiyah islamiyah (proses penyiapan manusia yang soleh/ solehah) boleh terbahagi kpd dua, iaitu matlamat umum dan matlamat khusus.
Matlamat umum adalah untuk menyelamatkan insan dari azab Allah seperti dlm Firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala).” (At-Tahrim: 6)

Setiap insan adalah hamba-Nya dan dirinya adalah tanggungjawabnya sendiri. Dia perlu berharap untuk menyelamatkan diri sendiri, bukan orang lain dengan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dan sebanyak mana bekal yang kita buat untuk akhirat, biarlah ada perubahan (meningkat).
  
Matlamat umum dapat dicapai dengan menyempurnakan segala tanggungjawabnya ke arah mencapai tujuan dan matlamat dia diciptakan oleh Allah sebagaimana ia digariskan dalam firman Allah:

1)  Beribadah kepada Allah yang Maha Esa mengikut  syariat yg diwujudkan oleh Allah.

“Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (Az-Zariyat: 56)

2) Menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini.

“Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat, “Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” (Al-Baqarah: 30)

3) Berkenal- kenalan dan berbaik- baik dalam kalangan manusia.

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal- kenalan, sesungguhnya semulia- mulia kamu di sisi Allah ialah orang yg lebih taqwanya di antara kamu." (Al- Hujuraat: 13)

4) Memimpin dan mentadbir dunia ini.

“Allah menjanjikan orang- orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangang kamu (wahai umat Muhammmad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah- khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang- orang yang sebelum mereka: khalifah- khalifah yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka  mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang- orang yang derhaka.” (An- Nuur: 55)

5) Menjalankan syariat Allah di bumi.


“Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utusan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum- hukum agama, maka turutlah syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang- orang yang tidak mengetahui.” (Al- Jathiah: 18)


Matlamat khusus bagi tarbiyah Islamiyah pula ialah matlamat dari sudut keahlian dan keanggotaan, sudut jemaah, dan sudut kemasyarakatan dan sosial.

Hal ini bererti, setelah mentarbiyah diri (fadhul muslim), tujuan tarbiyah itu adalah untuk menghantarkannya kepada keluarga (baitul muslim), lalu kepada masyarakat muslim (mujtama’ muslim), kerajaan muslim (daulah Islam), kemudian kepada seluruh umat Islam (Khilafah Islamiyah) yang semuanya mempunyai kepentingan yang sama, iaitu menegakkan syariat Allah.

Dengan berpegang kepada Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya, mengambil suri teladan dari manusia teladan yang ma’sum, Muhammad s.a.w., para mujaddid yang soleh serta para tokoh Islam sepanjang sejarah, sambil menyusuri perjalanan sahabat serta tabi’in, in shaa Allah peribadi seorang Muslim yang sejati dapat dicapai.

“Peribadi muslim adalah batu bata asas dalam pembinaan, sama ada pembinaan ‘al bait al muslim’ (keluarga muslim), atau ‘al mujtama’ al muslim’ (masyarakat muslim), atau ‘al hukumah al muslimah dan ad daulah’. Sesuai dengan kadar yang diterima oleh peribadi dalam hal tarbiyah, sesuai dengan itu pulalah kekukuhan bangunannya, dan asas pembentukan peribadi muslim adalah aqidah dan iman yang kuat.” – Syekh Musthafa Masyhur

Kesimpulannya, dalam berdakwah utk mentarbiyahkan orang lain itu memang tidak salah.
Tetapi adalah lebih baik andai kita mentarbiyahkan diri kita dahulu.
Kadang- kadang diam itu adalah lebih baik daripada berkata apa- apa.
Sebab mungkin niat kita untuk menegur tetapi tanpa kita sedar, kita mungkin mengguriskan hati mereka.
Mungkin kalau kita yang tersentap ditegur, kita tak kisah, tetapi lain orang lain perspektif dan hatinya.
Sebagaimana kita nak menjaga hati kita sebaiknya, begitulah sebaliknya.
Dan sama- samalah menjaga aib orang kerana aib kita Allah yang menutupinya.
Jangan fikir susah untuk ajak kepada kebaikan kerana kita semua adalah daie dan pendosa.
  
Akhir kata,
“Sekiranya Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, Dia akan berikan kefahaman agama.” (hadis riwayat Bukhari)

“Tanamkan niat nak belajar, bersungguh-sungguh (bukan main cakap je), doa, dan percaya pada Allah adalah yang paling penting.
Setiap masalah dalam hidup ini adalah ujian. Allah sengaja nak uji kita dalam ketidaksedaran.
Kita nak belajar agama, tapi tiada masa, tu BUKAN masalah atau alasan, tetapi itu adalah ujian Allah.
Allah suka hambanya yang berusaha, bukan yang cepat putus asa. Maka, nak pilih yang mana? Putus asa atau terus berusaha?”- Shafeeca Izyan


Wassalam..

*maaf kalau ada yg salah. tajuk ni agak susah nak faham. tolong tambah mana yg kurang, tolong betulkan mana yg silap ;) 
*yg baik itu datang dari Allah yg buruk itu datang dari diri saya sendiri dan bisikan syaitan.

~Mencari Cinta-Nya~

for more info about tarbiyyah islamiyah, this might help better :)
http://lebaicute.blogspot.com/2012/06/tarbiyah-islamiyah.html

Saturday, February 15, 2014

Belon Ajaib


Arahan:
Ø  Belon 1: Besar, Oren, Angin
Ø  Belon 2: Sederhana/ kecil. Biru, Angin + AIR
Ø  Letak/ cucur setiap belon tersebut atas api lilin

Hasil:
Belon 1 à Pecah
Belon 2 à Tidak pecah

Analogi:
Belon = hati
Air = ibadah

Semakin banyak ibadah yg dilakukan, semakin kuat akidah kita.
Akidah (aqadah) itu adalah simpulan/ ikatan, iaitu pegangan dalam Islam. Maksudnya, keimanan yg teguh dalam jiwa hingga tidak mungkin terurai, dan bukanlah sekadar mengucap khalimah syahadah.
Bila akidah kukuh, makin kuatlah hati kita.
Walau dihina, dicerca, diherdik, dibenci, hati tidak mudah goyah dan diganggu; masih teguh dengan pegangan.
Saiz dan warna yg berbeza pula sebagai simbol siapa kita, asal mana kita, apa kisah silam kita, besar mana kita, cantik mana kita, kita tetap hamba Allah.
Kekuatan dalaman itu yg membezakan tahap mana iman kita.
Tak semestinya hanya orang yg bertubuh sasa, nampak gagah secara luaran itu hatinya kuat.
Tak semestinya orang yg kerdil itu hatinya mudah goyah.
Air itu juga boleh menjadi lambang orang yg mudah menangis. Air matanya bagai terlalu banyak. Mudah tersentuh walaupun dengan benda remeh-temeh. Tetapi sebenarnya dia seorang yg kuat. Menangisnya adalah tanda kekuatannya. Menangisnya adalah tanda hatinya masih hidup. Dan beruntungnya dia apabila mudah mengalirkan air mata di hadapan Allah. Nabi s.a.w pernah berpesan, agar menangislah ketika berdoa. Jika tidak mampu, paksalah untuk mengalirkan air mata walaupun setitis (pesanan Nabi s.a.w. ni kalau silap tolong betulkan.. ingat2 lupa ayatnya camna).

Sekian, waallahualam..



Note:
·         Kalau guna api yg kuat pecah la kot.. so amek analoginya dulu k.. hehe
·         Aku tulis berdasarkan pengalaman masa main game ni kat kem minggu lepas.. First time so quite excited la nak share. Memandangkan "senang" nak explain dalam English, so BM ok entry utk ni. Hehe..
Dan memandangkan kekangan masa, aku akan tulis secara sedutan2 apa yg aku dapat masa g kem aritu (KNOW YOUR DEEN CAMP 2014, Machang, Kelantan).. Idea nak buat ayat ni kadang2 datang tiba2 so bila2 je aku akan meluah kat sini. Kihkih

Semoga bermanfaat..

Yg baik itu datang dari Allah, yg buruk itu datang dari diri aku sendiri dan bisikan syaitan..


Wassalam.. J

~Selingan~



"Lepas ni jangan asyik cakap tak kuat je taw sayangku.. Apa yg awak tulis tu, hayati dan gunalah dalam hidup.."