Friday, February 21, 2014

Tarbiyah

Tarbiyah bermaksud pendidikan.
Dalam erti kata lain, tarbiyah itu adalah apa-apa ilmu, ibadah, usaha dan proses perubahan yg berterusan,  yg berpaksikan ketuhanan kpd Allah, manakala matlamat tarbiyah itu adalah untuk mencapai keredhaan Allah di dunia serta kejayaan di akhirat kelak.

Matlamat tarbiyah islamiyah (proses penyiapan manusia yang soleh/ solehah) boleh terbahagi kpd dua, iaitu matlamat umum dan matlamat khusus.
Matlamat umum adalah untuk menyelamatkan insan dari azab Allah seperti dlm Firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala).” (At-Tahrim: 6)

Setiap insan adalah hamba-Nya dan dirinya adalah tanggungjawabnya sendiri. Dia perlu berharap untuk menyelamatkan diri sendiri, bukan orang lain dengan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dan sebanyak mana bekal yang kita buat untuk akhirat, biarlah ada perubahan (meningkat).
  
Matlamat umum dapat dicapai dengan menyempurnakan segala tanggungjawabnya ke arah mencapai tujuan dan matlamat dia diciptakan oleh Allah sebagaimana ia digariskan dalam firman Allah:

1)  Beribadah kepada Allah yang Maha Esa mengikut  syariat yg diwujudkan oleh Allah.

“Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (Az-Zariyat: 56)

2) Menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini.

“Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat, “Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” (Al-Baqarah: 30)

3) Berkenal- kenalan dan berbaik- baik dalam kalangan manusia.

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal- kenalan, sesungguhnya semulia- mulia kamu di sisi Allah ialah orang yg lebih taqwanya di antara kamu." (Al- Hujuraat: 13)

4) Memimpin dan mentadbir dunia ini.

“Allah menjanjikan orang- orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangang kamu (wahai umat Muhammmad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah- khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang- orang yang sebelum mereka: khalifah- khalifah yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka  mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang- orang yang derhaka.” (An- Nuur: 55)

5) Menjalankan syariat Allah di bumi.


“Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utusan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum- hukum agama, maka turutlah syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang- orang yang tidak mengetahui.” (Al- Jathiah: 18)


Matlamat khusus bagi tarbiyah Islamiyah pula ialah matlamat dari sudut keahlian dan keanggotaan, sudut jemaah, dan sudut kemasyarakatan dan sosial.

Hal ini bererti, setelah mentarbiyah diri (fadhul muslim), tujuan tarbiyah itu adalah untuk menghantarkannya kepada keluarga (baitul muslim), lalu kepada masyarakat muslim (mujtama’ muslim), kerajaan muslim (daulah Islam), kemudian kepada seluruh umat Islam (Khilafah Islamiyah) yang semuanya mempunyai kepentingan yang sama, iaitu menegakkan syariat Allah.

Dengan berpegang kepada Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya, mengambil suri teladan dari manusia teladan yang ma’sum, Muhammad s.a.w., para mujaddid yang soleh serta para tokoh Islam sepanjang sejarah, sambil menyusuri perjalanan sahabat serta tabi’in, in shaa Allah peribadi seorang Muslim yang sejati dapat dicapai.

“Peribadi muslim adalah batu bata asas dalam pembinaan, sama ada pembinaan ‘al bait al muslim’ (keluarga muslim), atau ‘al mujtama’ al muslim’ (masyarakat muslim), atau ‘al hukumah al muslimah dan ad daulah’. Sesuai dengan kadar yang diterima oleh peribadi dalam hal tarbiyah, sesuai dengan itu pulalah kekukuhan bangunannya, dan asas pembentukan peribadi muslim adalah aqidah dan iman yang kuat.” – Syekh Musthafa Masyhur

Kesimpulannya, dalam berdakwah utk mentarbiyahkan orang lain itu memang tidak salah.
Tetapi adalah lebih baik andai kita mentarbiyahkan diri kita dahulu.
Kadang- kadang diam itu adalah lebih baik daripada berkata apa- apa.
Sebab mungkin niat kita untuk menegur tetapi tanpa kita sedar, kita mungkin mengguriskan hati mereka.
Mungkin kalau kita yang tersentap ditegur, kita tak kisah, tetapi lain orang lain perspektif dan hatinya.
Sebagaimana kita nak menjaga hati kita sebaiknya, begitulah sebaliknya.
Dan sama- samalah menjaga aib orang kerana aib kita Allah yang menutupinya.
Jangan fikir susah untuk ajak kepada kebaikan kerana kita semua adalah daie dan pendosa.
  
Akhir kata,
“Sekiranya Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, Dia akan berikan kefahaman agama.” (hadis riwayat Bukhari)

“Tanamkan niat nak belajar, bersungguh-sungguh (bukan main cakap je), doa, dan percaya pada Allah adalah yang paling penting.
Setiap masalah dalam hidup ini adalah ujian. Allah sengaja nak uji kita dalam ketidaksedaran.
Kita nak belajar agama, tapi tiada masa, tu BUKAN masalah atau alasan, tetapi itu adalah ujian Allah.
Allah suka hambanya yang berusaha, bukan yang cepat putus asa. Maka, nak pilih yang mana? Putus asa atau terus berusaha?”- Shafeeca Izyan


Wassalam..

*maaf kalau ada yg salah. tajuk ni agak susah nak faham. tolong tambah mana yg kurang, tolong betulkan mana yg silap ;) 
*yg baik itu datang dari Allah yg buruk itu datang dari diri saya sendiri dan bisikan syaitan.

~Mencari Cinta-Nya~

for more info about tarbiyyah islamiyah, this might help better :)
http://lebaicute.blogspot.com/2012/06/tarbiyah-islamiyah.html

No comments:

Post a Comment