Saturday, February 15, 2014

Belon Ajaib


Arahan:
Ø  Belon 1: Besar, Oren, Angin
Ø  Belon 2: Sederhana/ kecil. Biru, Angin + AIR
Ø  Letak/ cucur setiap belon tersebut atas api lilin

Hasil:
Belon 1 à Pecah
Belon 2 à Tidak pecah

Analogi:
Belon = hati
Air = ibadah

Semakin banyak ibadah yg dilakukan, semakin kuat akidah kita.
Akidah (aqadah) itu adalah simpulan/ ikatan, iaitu pegangan dalam Islam. Maksudnya, keimanan yg teguh dalam jiwa hingga tidak mungkin terurai, dan bukanlah sekadar mengucap khalimah syahadah.
Bila akidah kukuh, makin kuatlah hati kita.
Walau dihina, dicerca, diherdik, dibenci, hati tidak mudah goyah dan diganggu; masih teguh dengan pegangan.
Saiz dan warna yg berbeza pula sebagai simbol siapa kita, asal mana kita, apa kisah silam kita, besar mana kita, cantik mana kita, kita tetap hamba Allah.
Kekuatan dalaman itu yg membezakan tahap mana iman kita.
Tak semestinya hanya orang yg bertubuh sasa, nampak gagah secara luaran itu hatinya kuat.
Tak semestinya orang yg kerdil itu hatinya mudah goyah.
Air itu juga boleh menjadi lambang orang yg mudah menangis. Air matanya bagai terlalu banyak. Mudah tersentuh walaupun dengan benda remeh-temeh. Tetapi sebenarnya dia seorang yg kuat. Menangisnya adalah tanda kekuatannya. Menangisnya adalah tanda hatinya masih hidup. Dan beruntungnya dia apabila mudah mengalirkan air mata di hadapan Allah. Nabi s.a.w pernah berpesan, agar menangislah ketika berdoa. Jika tidak mampu, paksalah untuk mengalirkan air mata walaupun setitis (pesanan Nabi s.a.w. ni kalau silap tolong betulkan.. ingat2 lupa ayatnya camna).

Sekian, waallahualam..



Note:
·         Kalau guna api yg kuat pecah la kot.. so amek analoginya dulu k.. hehe
·         Aku tulis berdasarkan pengalaman masa main game ni kat kem minggu lepas.. First time so quite excited la nak share. Memandangkan "senang" nak explain dalam English, so BM ok entry utk ni. Hehe..
Dan memandangkan kekangan masa, aku akan tulis secara sedutan2 apa yg aku dapat masa g kem aritu (KNOW YOUR DEEN CAMP 2014, Machang, Kelantan).. Idea nak buat ayat ni kadang2 datang tiba2 so bila2 je aku akan meluah kat sini. Kihkih

Semoga bermanfaat..

Yg baik itu datang dari Allah, yg buruk itu datang dari diri aku sendiri dan bisikan syaitan..


Wassalam.. J

~Selingan~



"Lepas ni jangan asyik cakap tak kuat je taw sayangku.. Apa yg awak tulis tu, hayati dan gunalah dalam hidup.."


No comments:

Post a Comment